Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pesaing FIFA? Ini Rupa ‘Game’ Bola Sepak Percuma UFL

Pesaing FIFA? Ini Rupa ‘Game’ Bola Sepak Percuma UFL

Diterbitkan Januari 31, 2022 · Dikemas kini Januari 31, 2022 oleh Amsyar Latif

Terdahulu Strikez Inc mengumumkan kehadiran permainan video bola sepak percuma yang diberi nama UFL dan menjanjikan untuk berkongsikan rupa bentuk permainannya kepada umum.

Kini, mereka sudah pun memperlihatkannya dan ia nampaknya menarik terutama ‘game’ yang bermodelkan free-to-play.

Fokus utama UFL adalah permainan dalam talian tetapi juga menawarkan luar talian (offline), perlawanan 2v2, 3v3 dan beberapa acara khas yang tidak dinyatakan.

Mereka juga seperti tidak membangunkan permainan tersebut ala kadar sahaja di mana UFL turut mengumumkan bintang Manchester United Cristiano Ronaldo bersama-sama Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku sebagai duta.

UFL CR

Bagi yang sudah biasa memainkan FIFA Ultimate Team (FUT), UFL mirip permainan FIFA tersebut. Cumanya, mereka tidak mahu membawa unsur pay-to-win walaupun tidak memberitahu ‘currency’ dalam permainan.

Buat masa sekarang, hanya kelab West Ham United, Sporting Lisbon, Shakhtar Donestk, Borussia Mochengladbach, AS Monaco, Besiktas, Celtic dan Rangers sahaja ditawarkan.

Permainan UFL kini sudah dalam fasa akhir pembangunan dan mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia turut disahkan akan ditawarkan buat konsol Xbox dan PlayStation di mana platform PC masih lagi dalam pertimbangan.

Dengan ini, UFL diharapkan dapat memberikan pengalaman baharu kepada peminat permainan bola sepak yang mana sebelum ini hanya didominasi FIFA dan PES sahaja.

Apa-apa pun, saksikan gameplay rasminya di bawah:

Baca juga:

  • Peminat Kecewa Dengan Konami, eFootball Terima Pelbagai Reaksi Negatif

  • EA Rancang Mahu Menjenamakan Semula Permainan FIFA

  • Ada Unsur Perjudian Berkaitan Unknown Cash (UC) PUBG? Ini Jawapan Mufti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY