Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertikaian Bil – Masalah Telekomunikasi Paling Tinggi Dilaporkan Pengguna Kepada CFM

Pertikaian Bil – Masalah Telekomunikasi Paling Tinggi Dilaporkan Pengguna Kepada CFM

Diterbitkan November 1, 2018 oleh Helmi Samsuri

Consumer Forum Malaysia atau lebih dikenali sebagai CFM merupakan satu platform yang telah ditetapkan oleh SKMM sebagai forum komunikasi dan multimedia yang melindungi hak pengguna.

Berdasarkan perkongsian terbaru daripada pihak CFM, bagi tempoh suku ketiga 2018, mereka telah menerima 1496 aduan, jumlah tertinggi berbanding suku pertama dan kedua tahun yang sama.

Pertikaian Bil – Masalah Telekomunikasi Paling Tinggi Dilaporkan Pengguna Kepada CFM
Ahli-ahli Majlis CFM dalam Mesyuarat Agung Tahunan CFM ke-17 membincangkan tentang isu-isu industri telekomunikasi dan multimedia yang diadakan di Auditorium MCMC, Cyberjaya semalam

Bagi jumlah keseluruhan bermula Januari sehingga September, sebanyak 3266 aduan telah direkodkan dan menurut CFM, mereka berjaya menyelesaikan 86% aduan hanya dalam tempoh kurang daripada 15 hari seperti yang ditetapkan di dalam Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).

Mengikut rekod CFM setakat bulan September ini, Pertikaian Bil adalah antara aduan yang
paling tinggi dilaporkan pengguna kepada CFM diikuti dengan Gangguan Perkhidmatan,
Tiada Liputan untuk perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, Liputan 4G/LTE yang
tidak memuaskan dan lain-lain.

Selain itu, aduan berkaitan ‘Harga’ juga dilihat mencatat peningkatan yang paling ketara
sejak Ogos lepas dengan jumlah sebanyak 13 aduan diterima dan telah meningkat kepada
64 aduan pada bulan September yang berkaitan dengan isu penurunan harga perkhidmatan
jalur lebar yang disarankan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo
selepas pelaksanaan Standard Mandatori bagi Harga Capaian (MSAP) pada Jun lepas.

CFM turut menyatakan mereka akan sentiasa memantau dan memastikan pengguna terus mendapat kualiti perkhidmatan terbaik.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri
  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
©2026 WISER.MY