Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertandingan Dota 2 Terbesar Di Malaysia, Major Kuala Lumpur Menemui Peminat Bermula 16 September Ini

Pertandingan Dota 2 Terbesar Di Malaysia, Major Kuala Lumpur Menemui Peminat Bermula 16 September Ini

Diterbitkan September 7, 2018 · Dikemas kini September 9, 2018 oleh Wiser MY

Kuala Lumpur telah dipilih oleh PGL sebagai medan pertarungan Dota 2 iaitu Kuala Lumpur Major. Acara terbesar Dota 2 selepas The International ini akan mempertaruhkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM 4.15 juta kepada pemenang.

Dengan format terbaru, Major kali ini tidak akan menawarkan tempat terus kepada pasukan-pasukan yang kuat malah semuanya akan melalui proses kelayakan bagi memastikan peluang yang sama kepada pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan Major.

Disokong oleh Kementrian Belia & Sukan, Malaysia bakal menjadi tumpuan seluruh peminat dan pemain Dota handalan seluruh dunia yang akan dilangsungkan di Axiata Arena. Untuk siaran di platfom sosial media, eGG Network bersama-sama Imba TV akan menjadi rakan media untuk Kuala Lumpur Major.

The Kuala Lumpur Major

The Kuala Lumpur Major Ticketing

Tiket ke Kuala Lumpur Major akan mula didapati pada 17 September dengan diskaun istimewa kepada mereka yang terawal. Pelanggan Astro turut menerima diskaun sebanyak 20% dan tiket boleh dibeli secara pra-jualan bermula pada 11 September sehingga 16 September sehingga stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kuala Lumpur Major.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY