Permainan Video Stardew Valley Kini Boleh Dipra-Daftar Di Google Play Store

Pada hari ini, terlalu banyak pilihan permainan video yang boleh dinikmati oleh para pemain. Bukan sahaja di konsol atau PC, telefon pintar atau tablet juga menjadi platform bermain games.

Terbaru, sebuah permainan video ber-genre RPG pertanian popular, Stardew Valley semakin hampir untuk tiba ke pasaran Android.

https://youtu.be/pHUqhYslji4

Mereka yang berminat untuk bermain permainan ini sudah boleh membuat pra-daftar di gedung Google Play Store.

Stardew Valley sebelum ini tersedia bagi konsol PS4, Xbox One, PC, Nintendo Switch, PSVita dan peranti iOS.

 

Sumber: Android Police