Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-05-11 at 10.11.03 PM

Kini Anda Boleh Beli Juadah Di Bazar Kampong Baru Tanpa Wang Tunai Menggunakan Touch ‘n Go eWallet

Diterbitkan Mei 11, 2019 · Dikemas kini Mei 11, 2019 oleh Haikel Areff

Sambutan Ramadan tahun ini mendapat satu suntikan inovasi baru apabila Touch ‘n Go eWallet (eWallet) diaktifkan di setiap sudut Bazar Ramadan Kampong Bharu.

Photo 1

Para pengguna eWallet kini boleh membuat pembayaran pelbagai juadah iftar di kira-kira 400 pengusaha di bazar dengan mengimbas kod QR peniaga.

Sebaik juadah dibeli, pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa bersama-sama orang ramai di Halaman Sempoi yang terletak di Rumah Warisan.

Photo 3

Menurut Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd berkata “Langkah yang diambil ini adalah satu inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai kelebihan sistem pembayaran tanpa tunai”

Pengunjung pasti akan teruja dengan pelbagai aktiviti menarik di bazar tersebut termasuklah jumlah pulangan wang bernilai RM1,000,000 menerusi Ketupat Runtuh, ataupun pembelian barangan eksklusif menerusi Hadiah Extra Sempoi dan banyak lagi.

Photo 2

Berpaksikan amalan bersedekah di bulan Ramadan, para pengunjung yang berada di Masjid Jamek Kampong Bharu juga boleh membuat derma ikhlas melalui eWallet dengan mengimbas kod-kod QR yang terdapat di sekitar kawasan
masjid.

Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dibuka setiap hari bermula jam 3 petang dari 6 Mei hingga 31 Mei 2019.

Photo 1

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta senarai aktiviti penuh di bazar, layari www.tngd.my/rayasempoi atau kunjungi www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini.

Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY