Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Tekken 7 Belum Pasti Ditawarkan Pada Konsol Switch

Permainan Tekken 7 Belum Pasti Ditawarkan Pada Konsol Switch

Diterbitkan Mei 2, 2017 · Dikemas kini Mei 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Permainan popular Tekken 7 telah dijadualkan pelacarannya pada Jun hadapan.

Dikhabarkan permainan keluaran Bandai Namco ini akan ditawarkan pada

  • Xbox One

  • PS4

  • Komputer

tekken_7_digital_pre_order_1

tekken-7-xbox-one-code

Tetapi berita kurang gembira bagi pemilik Nintendo Switch kerana hingga sekarang, pihak Bandai Namco masih belum dapat mengesahkan penawaran permainan tersebut untuk peranti Switch.

Di dalam satu temubual bual bersama GameSpot, penerbit “Tekken 7”, Katsuhiro Harada mendedahkan yang pihak Bandai Namco masih belum sempat untuk mengkaji peranti Switch itu.

” Secara rasminya, kami tidak boleh memberi sebarang komen tentang perkara ini oleh kerana polisi ketat syarikat berkaitan dengan Switch.

Tetapi secara peribadi, kami sedang sibuk menyediakan Tekken bagi platform yang kami sendiri tidak mempunyai cukup masa untuk mengkaji alatannya.

Kami tidak berpeluang untuk membelinya – ia habis dijual setiap kali kami mahu membeli.”

Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Katsuhiro Harada, ia jelas sekali merujuk kepada platform Switch.

Nintendo Switch telah terjual sebanyak 300,000 unit pada minggu pertama ia dikeluarkan.

Rasanya pemilik Switch perlu menunggu lebih lama lagi untuk merasai permainan Tekken 7 pada peranti itu dan nantikan kenyataan rasmi dari Bandai Namco untuk berita yang selanjutnya.

Sumber: Gameranx

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY