Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Permainan PlayStation 4 Kini Boleh Dimainkan Pada Komputer

Posted on Julai 9, 2017Julai 10, 2017

Pada Ogos tahun lalu, Sony telah memperkenalkan servis penstriman awan,  PlayStation Now, dan ia boleh diakses dari komputer Windows.

Perkhidmatan berkenaan membolehkan pengguna bermain beratus-ratus pilihan permainan PS3 yang ditawarkan dan ia ibarat Netflix bagi gamer.

Terkini, Sony membawakan sejumlah permainan PS4 ke dalam PlayStation Now, menjadikan lebih 500 jenis permainan sudah ditawarkan pada platfrom permainan itu.

Berikut merupakan senarai permaina PS4 yang ditambah ke dalam PlayStation Now:

  1. Killzone Shadow Fall
  2. God of War 3 Remastered
  3. Saints Row IV: Re-Elected
  4. WWE 2K16
  5. Tropico 5
  6. Ultra Street Fighter IV
  7. F1 2015
  8. Darksiders II Deathinitive Edition
  9. Evolve
  10. MX vs ATV Supercross Encore
  11. Resogun
  12. Helldivers
  13. Broken Age
  14. Dead Nation: Apocalypse Edition
  15. Grim Fandango Remastered
  16. Akiba’s Beat
  17. Castlestorm Definitive Edition
  18. Exist Archive: The Other Side of the Sky
  19. Nidhogg
  20. Super Mega Baseball

Kepada anda yang tidak berpeluang untuk memiliki PS4, mungkin boleh mencuba servis penstriman permainan ini di komputer peribadi anda.

Anda hanya perlukan:

  • Komputer dengan Windows 7 dan keatas
  • Joystick DualShock 4
  • Internet yang padu
  • Daftar akaun PlayStation Now untuk melanggan

Harga langganan PlayStation Now bermula pada $9.99 (RM42.90)  bagi bulan pertama dan $99.99 (RM429.70) untuk langganan selama setahun.

Sumber: Guru3D

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress