Syarikat AT&T kini sedang melakukan percubaan untuk drone mereka dengan menggunakan rangkaian LTE 4G yang dikuasai oleh platform Qualcomm Snapdragon Flight. Antara isu terbesar bagi mereka ialah bagaimana untuk memastikan drone itu sentiasa disambungkan dengan rangkaian AT&T tersebut walaupun drone tersebut telah melangkaui jarak minimum. Ini bermakna AT&T mahu mencipta drone yang berupaya untuk terbang dan dikawal dengan jarak yang jauh. Setakat ini belum pasti sejauh mana keupayaan penerbangan drone mereka.



AT&T berkata mereka mahu mencipta drone yang dapat melakukan penghantaran barang, makanan dan penjelajahan. Ini bermakna, kegunaan drone di masa hadapan akan lebih meluas terutama di tempat terpencil atau contoh di Gunung Everest dimana penggunaan drone sangat kritikal untuk memudahkan misi menyelamat untuk pendaki gunung. Memang peranti seperti ini sudah di cipta dan digunakan untuk kegunaan tentera namun ianya tidak dijual di pasaran.