Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp downnn

Perkhidmatan Tergendala, WhatsApp Sedang Mengalami Masalah Teknikal

Diterbitkan Oktober 25, 2022 · Dikemas kini Oktober 25, 2022 oleh Amalina Athman

Kemas kini 4.48 petang, 25/10/2022: Aplikasi pemesejan WhatsApp kini dilaporkan sudah dibaik pulih. Tinjauan mendapati penggunaan aplikasi pemesejan itu sudah mula kembali seperti biasa, yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej atau menggunakan perkhidmatan lain dalam aplikasi itu.

Artikel asal: Aplikasi pemesejan WhatsApp kini dilaporkan menghadapi masalah teknikal, di mana pengguna WhatsApp secara global didapati tidak dapat menghantar dan menerima mesej.

Mula dilaporkan di DownDetector sekitar 3.00 petang, lebih 3,000 laporan mengenai isu tersebut telah diterima. Antaranya adalah melibatkan masalah mengakses aplikasi dan WhatsApp Web serta menghantar dan menerima mesej.

whatsapp down

Menjengah di laman Twitter, WhatsApp mula trending dengan lebih 500,000 ciapan telah dimuat naik, sehingga artikel ini ditulis. Ada yang menyangkakan hanya peranti mereka yang bermasalah sehingga menghidupkan semula (restart) peranti. Tidak kurang juga yang memuat naik meme sehingga menerima ribuan tanda suka.

People Coming to Twitter to see if WhatsApp is down#WhatsappDown pic.twitter.com/eGi25KiQhU

— Bella Ciao (Chai) (@punjabiii_munda) October 25, 2022

You came here to see if Whatsapp is down right? pic.twitter.com/Vwx1urd3BS

— Governor of Egbeda (@EgbedaGov) October 25, 2022

Menurut ciapan wartawan BBC Shiona McCallum di Twitter, beliau memaklumkan WhatsApp sudah sedia maklum berhubung masalah tersebut. Pihak WhatsApp juga dalam usaha membaik pulih secepat mungkin isu berkenaan, yang mana sehingga kini telah melebihi satu jam sejak dilaporkan mengalami gangguan teknikal secara global.

Latest from @WhatsApp: “We're aware that some people are currently having trouble sending messages and we're working to restore WhatsApp for everyone as quickly as possible.” #whatsappdown

— Shiona McCallum (@shionamc) October 25, 2022

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY