Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan Instant Transfer (IBFT) CIMB Clicks Tergendala Buat Sementara Waktu

Perkhidmatan Instant Transfer (IBFT) CIMB Clicks Tergendala Buat Sementara Waktu

Diterbitkan Januari 27, 2021 oleh Amalina Athman

Perbankan dalam talian, CIMB Clicks kini dilaporkan sedang menghadapi masalah bagi perkhidmatan Instant Transfer (IBFT). Menerusi tinjauan di Twitter, rata-rata pengguna di media sosial menyatakan perkhidmatan tersebut tidak dapat diakses sejak beberapa hari lalu.

Pihak CIMB juga telah mengesahkan mengenai isu tersebut dan menyatakan trafik yang tinggi menyebabkan perkhidmatan IBFT tergendala buat sementara waktu.

CIMB CLICKS

Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti ATM, Interbank GIRO (IBG) atau DuitNow untuk melakukan sebarang transaksi.

Sementara itu, CIMB buat masa ini tidak memaklumkan bila perkhidmatan tersebut akan dibaik pulih.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY