Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Perisian Hasad Peranti Android Kini Mula Menjangkiti iPhone

Diterbitkan April 13, 2019 oleh ariff bukhari

Perisian hasad Exodus mencuri makumat privasi dan pelbagai maklumat sulit lain dari peranti iPhone.

Penyelidik dari firma keselamatan peranti pintar Lookout baru-baru ini telah mendedahkan perisian hasad (malware) yang dahulunya hanya menyerang pengguna peranti Android kini telah turut mula menyerang pengguna iPhone.

Cuma cara ia menyerang pengguna iPhone adalah berbeza daripada pengguna Android. Jika diperanti Android, perisian hasad yang dikenali sebagai Exodus ini akan menjangkiti peranti Android melalui muat turun aplikasi dari Google Play Store.

Tetapi terhadap iPhone pula, perisian hasad tersebut menyerang pengguna iPhone menerusi program Apple Developer Enterprise.

Program tersebut memberikan kelebihan kepada organisasi untuk mengedar aplikasi yang berdaftar secara dalaman kepada pekerja-pekerja mereka dengan memintas App Store Apple.

Walaubagaimanapun terdapat kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan penyebaran perisian hasad tersebut kepada pengguna iPhone dengan menyalah gunakan sijil aplikasi enterprise yang diperolehi mereka dari pihak Apple.

Akibatnya, perisian hasad Exodus yang berasal dari negara Itali ini telah turut menjejaskan pengguna iPhone dengan mencuri data-data peribadi seperti senarai orang hubungan, fail audio, video, gambar dan pelbagai maklumat sulit lain yang ada di dalam peranti tersebut.

Pihak Lookout telah mengkongsikan penemuan isu keselamatan ini dengan pihak Apple Inc. dan mereka telah pun mengambil tindakan segera dengan menarik balik sijil-sijil aplikasi yang terjejas.

Oleh itu, aplikasi-aplikasi yang terjejas telah dibuang dari App Store dan tidak lagi boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone.

Penggodam akan sentiasa mencari jalan bagi mencuri pelbagai maklumat pengguna dan mengeksplotasikannya. Jadi sentiasalah berwaspada terhadap aplikasi-aplikasi yang dimuat turun ke dalam peranti anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY