Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad ‘Joker’ Menyerang Lagi Peranti Android Menerusi 24 Aplikasi Ini

Perisian Hasad ‘Joker’ Menyerang Lagi Peranti Android Menerusi 24 Aplikasi Ini

Diterbitkan Ogos 25, 2021 oleh ariff bukhari

Perisian hasad Joker kini dilaporkan kembali aktif menyerang pengguna peranti Android menerusi 24 aplikasi yang ditawarkan di dalam Google Play Store.

Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh pihak Polis Belgium, terdapat sebanyak 8 aplikasi di Play Store telah dikesan mengandungi perisian hasad tersebut.

Polis Beligium menyatakan, Joker mampu mendaftarkan pengguna dengan servis langganan berbayar tanpa pengesahan penggunanya serta mengosongkan akaun bank tanpa disedari mangsanya.

Berikut adalah 8 aplikasi yang didedahkan oleh Polis Belgium yang  mengandungi perisian hasad Joker:-

  • Auxiliary Message
  • Element Scanner
  • Fast Magic SMS
  • Free CamScanner
  • Go Messages
  • Super Message
  • Super SMS
  • Travel Wallpapers

Selain daripada 8 aplikasi tersebut, penyelidik keselamatan dari Zscaler turut mendedahkan penemuan sebanyak 16 lagi aplikasi yang didapati turut membawa perisian hasad joker.

  • Private SMS
  • Hummingbird PDF Converter – Photo to PDF
  • Style Photo Collage
  • Talent Photo Editor – Blur focus
  • Paper Doc Scanner
  • All Good PDF Scanner
  • Care Message
  • Part Message
  • Blue Scanner
  • Direct Messenger
  • One Sentence Translator – Multifunctional Translator
  • Mint Leaf Message-Your Private Message
  • Unique Keyboard – Fancy Fonts & Free Emoticons
  • Tangram App Lock
  • Desire Translate
  • Meticulous Scanner

Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas ke dalam telefon pintar Android anda, adalah dinasihatkan supaya anda membuangnya dari peranti tersebut dengan kadar segera.

Sumber: Entrepreneur

Baca juga: Aplikasi Baru Ini Adalah Perisian Hasad Yang Merakam Aktiviti Skrin Peranti Android

Baca juga: Buang Segera 11 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker

Baca juga: 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, ‘Haken’ Dan ‘Joker’

Baca juga: Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY