Sepanjang tahun lepas, perisian hasad Joker merupakan yang paling banyak diperkatakan tentang oelh penyelidik keselamatan peranti pintar.
Joker telah memberikan masalah besar kepada Google apabila ia menjangkiti beribu aplikasi yang ditawarkan di dalam Play Store.
Kini serangan terbaru Joker didapati dibuat menerusi 8 aplikasi yang ditawarkan keapda pengguna Android.
Ia didedahkan oleh penyelidik keselamatan dari Quick Heal Security Labs yang berjaya mengesan perisian hasad tersebut.
Berikut adalah 8 aplikasi Android di dalam Google Play Store yang dikesan membawa perisian hasad Joker di dalamnya:-
- Auxiliary Message
- Fast Magic SMS
- Free CamScanner
- Super Message
- Element Scanner
- Go Messages
- Travel Wallpapers
- Super SMS
Menurut penyelidik Quick Heal Security Labs, Joker di dalam aplikasi-aplikasi tersebut membolehkan data pengguna seperti mesej SMS, info peranti, senarai orang hubungan dan banyak lagi boleh dicuri oleh perisian hasad tersebut.
Berikutan daripada penemuan itu, pihak Google telah membuang kesemua 8 aplikasi tersebut dari ditawarkan dalam Play Store mereka.
Sehubungan itu, kepada pengguna yang mungkin ada memasang aplikasi-aplikasi tersebut di dalam peranti Android mereka, anda disyorkan untuk segera membuangnya.
Sumber: Quick Heal Security Labs