Penyelidik mengklasifikasikannya sebagai trojan RAT (remote access trojan) yang berkeupyaaan merekod aktiviti skrin peranti Android. Sekaligus mencuri data-data sulit penggunanya seperti katalaluan dan data peribadi lain.
"Vultur, on the other hand, uses a less technically flexible yet very effective technique: screen recording." ThreatFabric
Perisian hasad yang dinamakan sebagai Vultur itu dikesan menyamar dalam bentuk aplikasi yang dikenali sebagai "Protection Guard".
Ia mensasarkan pengguna Android dengan mengeksploitasi teknologi perkongsian kawalan skrin melalui VNC (Virtual Network Computing) di platfom Android.

ThreatFabric menyatakan, aplikasi yang sudah dimuat turun oleh lebih daripada 5000 pengguna itu menjadikan institusi perbankan dan kriptowang di beberapa negara seperti Italy, Australia dan Sepanyol sebagai mangsa mereka.
"For the first time we are seeing an Android banking trojan that has screen recording and keylogging as the main strategy to harvest login credentials in an automated and scalable way". ThreatFabric

Selain institusi perbankan, aplikasi aplikasi sosialpopular juga menjadi sasaran Vultur termasuklah WhatsApp, Viber, TikTok, Facebook, Messenger dan Facebook Lite.
Pihak Google telah bertindak dengan segera membuang aplikasi "Protection Guard" dari Play Store. Tetapi aplikasi-aplikasi seperti ini akan kembali dalam dalam pelbagai bentuk dan cara.
Sehubungan itu pengguna Android dinasihati supaya tidak memuat turun aplikasi yang diragui dan segera membuangnya sekiranya ada memasang ke dalam peranti anda.
Sumber: ThreatFabric
Baca juga: Buang Segera 11 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker
Baca juga: 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, 'Haken' Dan 'Joker'
Baca juga: Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK
8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker
Berkaitan
- 2 Aplikasi Android Ini Didapati Menyebabkan Isu Bateri Dan Peranti Terlebih Panas
- Sophos Mendedahkan 167 Aplikasi Dagang Dan Matawang Kripto Palsu Di Tawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android
- 10 Peranti Android Ini Disahkan Boleh Digodam Bagi Mengintip Penggunanya
- Pengguna Aplikasi Pelayar Google Chrome Disaran Segera Mengemas Kini Aplikasi Tersebut
- Perisian Hasad KopiLuwak Berevolusi Menjadi Topinambour
- Ini Senarai Peranti Xiaomi, Redmi Dan Poco Yang Dijangka Akan Terima Naik Taraf Android 13 Nanti
- Buang Segera 15 Aplikasi Popular Android Ini Dari Peranti, 'Joker' Kembali Di PlayStore
- Apple Store Kedua Bakal Di Buka Di Taiwan
- Peralihan Pengguna iPhone Ke iOS 13 Sudah Mencapai 50%. Sementara Pengguna Android Pula Masih...
- Buang Segera 35 Aplikasi Android Ini Kerana Dikesan Menyelinap Masuk Ke Dalam Google Play Store