Buang segera jika ada memasangnya.
Penyelidik keselamatan peranti pintar dari Check Point telah mengesan sebanyak 12 aplikasi Android telah dijangkiti 3 perisian hasad iaitu ‘Joker‘, ‘BearClod’ dan satu lagi yang terbaru dikenali sebagai ‘Haken‘.
Perisian hasad Joker pastinya tidak asing lagi kepada sebahagian pengguna kerana ia popular menyerang pengguna Android sejak tahun lalu.
Berikut adalah senarai pakej 4 aplikasi Android yang telah dijangkiti Joker sejak September 2019 hingga Februari 2020 menurut Check Point.
Tetapi bagi perisian hasad BearClod dan Haken pula, ia masih agak baru di mana ia mula dikesan aktif menyerang pengguna Android dalam awal tahun ini.
“While monitoring the increased activity of ‘BearClod’, we were able to find another clicker family: ‘Haken’. This campaign has just begun its path in Google Play.” Check Point.
BearClod dan Haken adalah jenis perisian hasad yang akan melaksanakan klik automatik mimik pengguna pada iklan-iklan bagi mengaut keuntungan mudah.
Perisian hasad seperti ini dinyatakan penyelidik sebagai ancaman kepada industri pengiklanan internet.
Walaupun masih baru, Haken didapati telah berjaya menjangkiti sehingga 8 aplikasi Android yang ditawarkan di Google Play Store yang telah pun dimuat turun oleh pengguna lebih daripada 50,000 kali.
Berikut adalah senarai pakej 8 aplikasi Android yang telah dijangkiti Haken menurut Check Point setakat tahun ini.
Manakala bagi perisian hasad BearClod pula, ia didapati telah menjangkiti sebanyak 48 aplikasi baru yang ditawarkan di dalam Google Play Store.
Aplikasi-aplikasi tersebut didakwa telah dimuat turun pengguna Android lebih daripada 78 juta kali.
Berikut adalah senarai pakej 48 aplikasi Android yang telah dijangkiti BearClod menurut Check Point setakat tahun ini.