Penjenayah siber menjadikan laman sesawang palsu dengan menawarkan filem cetak rompak sebagai platfom menyebarkan perisian hasad.
Penyelidik keselamatan sistem komputer dari Kaspersky telah melakukan analisis terhadap penyebaran ratusan perisian hasad menerusi tajuk filem-filem popular Hollywood.
Sebaran perisian hasad itu dibuat menerusi laman sesawang palsu yang menawarkan kandungan muat turun filem-filem cetak rompak yang popular.
Hasil analisis Kaspersky mendapati, Joker menjadi judul filem yang paling popular digunakan penjenayah siber bagi menyebarkan perisian hasad di mana sebanyak 304 nama fail meragukan dikesan dibawa oleh filem tersebut.
Ia diikuti oleh filem 1917 yang mengandungi 215 fail meragukan dan The Irishman sebanyak 179 fail.
“Cybercriminals aren’t exactly tied to the dates of film premieres, as they are not
really distributing any content except for malicious data. However, as they always
prey on something when it becomes a hot trend, they depend on users’ demand and
actual file availability. To avoid being tricked by criminals, stick to legal streaming
platforms and subscriptions to ensure you can enjoy a nice evening in front of the TV
without having to worry about any threats,” Anton Ivanov, penganalisis perisian hasad Kaspersky.
Oleh itu, Kaspersky menasihati pengguna supaya tidak pantas klik pada pautan yang mencurigakan, semak nama (extension) fail yang dimuat turun sebelum membuka fail tersebut dan semak juga kesahihan sesebuah laman sesawang yang menawarkan servis muat turun filem.
Berkaitan
- Perisian Antivirus Mula Mengklasifikasikan Aplikasi uTorrent dan BitTorrent Sebagai Ancaman Kepada Pengguna
- Lebih 20 Aplikasi Dalam Play Store Berkaitan Minecrafts Sebenarnya Adalah Perisian Hasad
- Buang Segera 28 Extension Chrome Dan Edge Ini Kerana Dikesan Mengandungi Perisian Hasad
- Penyelidik Temui Perisian Hasad Jerung Dalam Aplikasi Ini Disebar Menerusi Play Store
- Syarikat Dari Israel Mendakwa Perisian Intip Mereka Mampu Menembusi Ciri Keselamatan Storan iCloud
- Kaspersky Kini Ahli Malaysian Internet-of-Things Association
- Serangan Siber Menurun Kerana Penggodam Lebih Banyak Habiskan Masa Cipta Perisian Lebih Canggih
- Perisian Hasad Intip Ini Kembali, Rekod Audio Dan Panggilan Telefon Android
- Mangsa Perisian Hasad Yang Khusus Mencuri Kata Laluan Meningkat Sehingga 60% Pada Tahun 2019
- Pengguna Perisian Adobe Yang Masih Menggunakan Versi Terdahulu Boleh Berdepan Saman Dari Pihak Adobe