Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Android Ini Mencuri Data Pengesahan Pengguna Facebook

Perisian Hasad Android Ini Mencuri Data Pengesahan Pengguna Facebook

Diterbitkan Mac 22, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Pradeo mengesan satu perisian hasad yang bertindak mencuri data pengesahan pengguna Facebook bagi menggodam akaun mangsanya.

Perisian hasad yang dikenali sebagai Facestealer itu berselindung disebalik aplikasi ‘Craftsart Cartoon Photo Tools‘ yang ditawarkan di Google Play Store.

Malah aplikasi itu juga ditawarkan di platfom pihak ketiga bagi meluaskan penyebarannya di kalangan pengguna Android.

Perisian Hasad Android Ini Mencuri Data Pengesahan Pengguna Facebook
Cara Craftsart Cartoon Photo Tools mencuri akses data pengesahan Facebook mangsanya dengan meminta pengguna mengakses akaun Facebook menerusi aplikasi tersebut. Kredit: Pradeo

Selepas mengakses Facebook mangsanya, penggodam berupaya pula mencuri data sulit mangsanya termasuklah data sulit kad kredit, carian yang dibuat, mesej-mesej yang dihantar dan diterima serta banyak lagi.

Menurut penyelidik, aplikasi itu telah dimuat turun lebih daripada 100,000 kali menerusi Google Play Store sebelum ia dibuang oleh Google pada 22 Mac 2022 selepas dilaporkan.

Perisian Hasad Android Ini Mencuri Data Pengesahan Pengguna Facebook

Tambah penyelidik lagi, perisian hasad ini dipercayai ada kaitan dengan pelayan Russia dan sudah beroperasi lebih daripada 7 tahun.

Jadi, sekiranya anda ada memasang aplikasi ini dalam telefon pintar Android anda, sila buang segera dari peranti tersebut..

Sumber: Pradeo

Baca juga:

  • Samsung Mengaku Data Digodam Namun Tidak Melibatkan Data Peribadi Pengguna
  • Perisian Hasad Multiplatfom Terbaru Menyasarkan 3 Sistem Operasi Komputer
  • Selain Perang Peluru Antara Ukraine Dan Russia, Penggodam Juga Sedang Hangat Berperang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY