Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pereka IKEA Berpura-Pura Hidup Di Marikh Untuk Mendapatkan Idea Rekaan Perabot Yang Lebih Menarik

Pereka IKEA Berpura-Pura Hidup Di Marikh Untuk Mendapatkan Idea Rekaan Perabot Yang Lebih Menarik

Diterbitkan Julai 4, 2017 · Dikemas kini Julai 4, 2017 oleh Helmi Samsuri

Kedengaran pelik tetapi itulah yang dilakukan oleh syarikat pengeluar perabot terkenal dari Sweden, IKEA.

Mereka telah menghantar beberapa orang jurutera untuk tinggal di dalam simulasi planet Marikh hanya untuk mendapatkan pengalaman berada diruang yang terhad.

Pereka IKEA Berpura-Pura Hidup Di Marikh Untuk Mendapatkan Idea Rekaan Perabot Yang Lebih Menarik

Mars Desert Research Station merupakan kawasan simulasi planet Marikh yang dikendalikan NASA, dan mereka telah bekerjasama dengan IKEA bagi mewujudkan ruang habitat yang selesa.

Selain itu , IKEA juga mahu mengetahui bagaimana bahan bertindak balas kepada keadaan atmosfera yang berbeza.

“Ia pengalaman yang gila dan menyeronokkan. Kami duduk mengasingkan diri selama 3 hari untuk merasai apa yang angkasawan rasai selama 3 tahun.” jelas ketua kreatif IKEA, Michael Nikolic.

Melalui cara ini, syarikat mampu meneroka lebih banyak pilihan reka bentuk untuk ruang kecil, kehidupan bandar, dan boleh menggunakan pengetahuan itu untuk koleksi perabot yang akan datang.

Sumber: Popular Science

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY