Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Setuju Untuk Lebih Telus Mengenai Perubahan Dasar – EU

Undian WhatsApp Kini Dengan 3 Ciri Baharu

Diterbitkan Mei 15, 2023 oleh ariff bukhari

Pengguna di Malaysia sudah pun boleh menggunakan ciri undian di dalam aplikasi WhatsApp sejak November 2022 lepas.

Tetapi kini Meta telah mengumumkan tambahan lagi 3 ciri baharu khusus untuk ciri undian di dalam WhatsApp.

Ciri baharu undian yang pertama adalah pilihan kepada pencipta undian membenarkan orang ramai mengundi sekali sahaja. Anda hanya perlu matikan pilihan benarkan berbilang jawapan semasa membuat undian.

Undian WhatsApp Kini Dengan 3 Ciri Baharu

Ciri baru undian yang kedua pula adalah anda boleh menapis mesej melalui undian, sama sepertimana anda yang boleh anda buat carian untuk foto, video atau pautan. Pada skrin Sembang, tekan Cari dan kemudian Undian untuk mencari senarai semua keputusan.

Undian WhatsApp Kini Dengan 3 Ciri Baharu

Ciri terbaru ketiga untuk undian di dalam WhatsApp adalah Anda kini akan menerima notifikasi apabila seseorang mengundi pada undian ciptaan anda.

Malah akan ditunjukkan jumlah orang yang telah mengundi secara keseluruhan supaya anda boleh mengikuti perkembangan terkini dan respon dengan mudah pada undian tersebut.

Ketiga-tiga ciri abharu ini sudah pun ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp. Jadi pastikan anda mengemas kini versi aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini bagi menerima kesemua ciri baharu WhatsApp.

Berkaitan

  • Rasmi, HUAWEI P60 Pro Berharga RM4699, Mate X3 Serendah RM8888
  • Lebih 50 Aplikasi Android Akan Terima Kemas Kini Antaramuka Baharu
  • TNG eWallet Naikkan Had Minimum Tambah Nilai Melalui FPX Dan Kad Kredit Iaitu RM20

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY