Platform penstriman di Malaysia telah berkembang bak cendawan yang tumbuh selepas hujan sama ada yang ‘halal’ ataupun yang haram. Terdapat beberapa platform penstriman yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Namun, anda perlu tahu bahawa platform penstriman yang ‘halal’ bukan percuma dan anda perlu belanjakan wang anda untuk memiliki akses ke atas platform tersebut.
Pada artikel kali ini, saya akan menyenaraikan kepada anda beberapa platform penstriman yang rakyat Malaysia boleh langgan.
Amazon Prime Video
Amazon Prime Video atau singkatannya Prime Video merupakan sebuah platform penstriman dibawah kendalian syarikat Amazon.com yang berpangkalan di Seattle, Washington, AS.
Platform ini mula dilancarkan pada 7 September 2006. Jumlah pengguna setakat ini adalah lebih 200 juta orang.
Sejak kehadirannya ke pasaran tempatan beberapa tahun lalu, kandungan tempatannya sudah meningkat dan makin ramai juga yang mula meminatinya.
Sehingga kini, terdapat beberapa drama asli tempatan di platform ini dan filem tempatan.
Anda boleh mendapat harga langganan serendah RM25 sebulan.
Apple TV+
Apple TV+ merupakan platform penstriman yang dikelolai sendiri oleh syarikat Apple. Untuk melanggan, anda perlu mempunyai Apple ID.
Platform ini telah dilancarkan pada 1 November 2019. Jumlah pengguna setakat ini adalah 25 juta orang.
Apa yang ditawarkan pada platform ini adalah Apple Originals seperti siri pemenang anugerah, drama, dokumentari, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi. Apple Originals akan sentiasa dikemas kini pada setiap bulan.
Anda boleh dapatkan harga langganan bulanan serendah RM29.90. Berikut merupakan harga langganan Apple TV+. Namun, anda boleh dapatkan penjimatan sekiranya melanggan Apple One.
iQIYI
iQIYI merupakan platform penstriman di bawah kelolaan syarikat Baidu yang bertapak di Beijing China. Platform ini telah dilancarkan pada 22 April 2010.
iQIYI juga boleh diakses oleh hampir mana-mana peranti yang disambungkan pada internet merentasi 191 wilayah di dunia dengan UI dan sarikata 12 bahasa termasuk Cina ringkas dan tradisional, Inggeris, Melayu, Thai, Vietnam, Korea, Sepanyol dan banyak lagi.
Terdapat lebih 100 juta pengguna di serata dunia dengan lebih 1700 siri drama, anime serta lebih 2000 filem.
Anda boleh mendapatkan pelan langganan bulanan serendah RM6.90. Untuk mengetahui harga dan cara langganan, anda boleh rujuk gambar di bawah:
Disney+ Hotstar
Disney+ Hotstar merupakan platform penstriman yang dikelolai oleh syarikat The Walt Disney yang bertapak di India. Platform ini dilancarkan pada 3 April 2020.
Jumlah pengguna adalah seramai 40.4 juta orang. Disney+ Hotstar menawarkan rancangan dan filem daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan Star. Selain itu, terdapat juga siri animasi serta Disney+ Hotstar Originals.
Selain itu, platform ini turut menawarkan resolusi Ultra HD 4K, Dolby Vision serta Dolby Audio. Platform ini juga hanya membenarkan dua peranti sahaja untuk digunakan dalam satu akaun pada satu-satu masa.
Anda boleh mendapatkan harga langganan RM54.90 untuk 3 bulan.
HBO GO
HBO GO merupakan platform penstriman yang dikelolai oleh syarikat Home Box Office yang berpangkalan di New York, AS. Platform ini dilancarkan pada 18 Februari 2010.
Platform ini menawarkan siri, filem dan dokumentari yang pelbagai genre seperti stand-up comedies, animasi, aksi, komedi, romantik komedi, seram, drama, thriller dan fiksyen sains sama ada daripada Original HBO dan HBO Asia sendiri atau filem blockbuster hollywood dan Asia.
Selain itu, platform ini turut menayangkan award-winning, Box Office Hits dan kandungan mesra kanak-kanak. Anda boleh melanggan sama ada melalui Astro atau berasingan dengan Astro.
Anda boleh mendapat harga RM34.90 untuk langganan bulanan atau RM69.90 (selama 3 bulan).
Netflix
Netflix merupakan platform penstriman milik syarikat Netflix itu sendiri yang berpangkalan di Los Gatos, California, AS. Platform ini dilancarkan pada 16 Januari 2007.
Terdapat 247.15 juta pengguna di serata dunia. Netflix menawarkan pelbagai variasi filem, TV siri, dokumentari dan permainan mudah alih. Terdapat lebih 30 bahasa dan 190 negara yang ditawarkan dalam platform ini.
Netflix boleh ditonton melalui mana-mana peranti yang disambungkan dengan internet seperti TV pintar, konsol permainan, pemain media penstriman, telefon pintar, tablet, komputer riba dan komputer meja.
Anda juga boleh menonton dalam Definisi Tinggi (HD), Definisi Tinggi Penuh (FHD), atau Definisi Ultra Tinggi (UHD) mengikut pelan yang anda langgan. Anda boleh mendapat harga langganan serendah RM17 untuk resolusi 480p.
Klik SINI untuk mengetahui tentang perkongsian akaun Netflix.
Viu
Viu merupakan platform penstriman yang dikelolai oleh beberapa syarikat yang berpangkalan di Hong Kong. Antaranya Viu International Ltd, PCCW Media Limited, Canal+ Group dan Vivendi.
Platform ini dilancarkan pada Ogos 2015. Jumlah pengguna setakat ini adalah seramai 66.5 juta orang.
Viu menawarkan pelbagai filem dan TV siri dari serata Asia. Untuk episod TV siri yang pertama, ia akan tersedia dengan iklan sekurang-kurangnya 72 jam selepas siaran. Pengguna berbayar, anda boleh mengakses episod tanpa iklan sekurang-kurangnya 8 jam selepas siaran.
Anda boleh mendapat harga langganan bulanan serendah RM12.90.
beIN Sports Connect
beIN Sports Connect merupakan platform penstriman yang dimiliki oleh syarikat beIN Media Group yang berpangkalan di Doha, Qatar. Platform ini dilancarkan pada 1 Jun 2012.
Platform ini merupakan platform penstriman yang khas untuk sukan. Antara siaran langsung sukan yang ditayangkan adalah sukan tenis, bola baling, bola keranjang, bola sepak, sukan permotoran dan banyak lagi.
Bagi peminat bola sepak, anda boleh menonton siaran langsung daripada liga-liga yang terkenal di eropah seperti La Liga, Serie A, Ligue 1, Bundesliga, Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa UEFA dan banyak lagi. Liga Amerika seperti MLS dan Brasileirao juga tersedia di sini.
Selain itu, anda juga boleh menonton dalam format 1080p HDTV dan 2160p UHDTV. Anda boleh mendapat harga RM24.99 untuk langganan bulanan.
Sooka
Sooka merupakan platform penstriman yang dimiliki oleh syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad yang berpangkalan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.
Platform ini dilancarkan pada 8 Jun 2021. Sooka menawarkan pelbagai jenis filem, drama bersiri, TV siri, TV show dan siaran langsung sukan seperti badminton, bola sepak dan sukan permotoran.
Untuk bola sepak, anda boleh menonton liga Malaysia, AFC Champions League, AFC Cup, semua perlawanan melibatkan Harimau Malaya dan Liga Perdana Inggeris.
Anda boleh dapatkan harga langganan pas 24 jam serendah RM12.90.
{suggest}
Foto utama: variety