Peranti OnePlus Akan Datang Bakal Hadir Dengan Sokongan 5G

Dalam satu temubual baru-baru ini, Pete Lau yang merupakan CEO OnePlus telah mengesahkan bahawa siri peranti akan datang bakal mempunyai sokongan sambungan 5G.

Walaupun tidak didedahkan dengan lebih terperinci mengenai nama peranti OnePlus 5G yang bakal dilancarkan, namun ia hampir pasti OnePlus akan melancarkan versi biasa dan Pro bagi peranti seterusnya, yang dikenali dengan siri OnePlus 8.

[embed]https://twitter.com/PeteLau/status/1237378975220948993[/embed]

Beliau turut menyatakan sokongan 5G ini akan meningkatkan kos produk. Dengan itu, peranti OnePlus 5G akan datang mungkin lebih mahal dari siri OnePlus 7 dan 7T yang dilancarkan pada tahun lalu.

Pada masa ini, siri OnePlus 8 dijangka hadir dalam tiga model dimana dua daripadanya adalah OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro yang dijangka berlangsung pada pertengahan April. OnePlus 8 Pro juga dijangka akan mempunyai beberapa fungsi baru termasuk penarafan kalis air IP68 dan pengecasan tanpa wayar.

Sumber: Android Authority, 9to5Google via CNET