Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan U Mobile Bakal Alami Gangguan, Beri Laluan Untuk Kerja Naik Taraf Dan Selenggara

U Mobile Dikatakan Akan Menaiktaraf Pelan Prabayar GX30 Dan GX38 Dengan Kelajuan 6Mbps

Diterbitkan Jun 11, 2020 ยท Dikemas kini Jun 11, 2020 oleh Amalina Athman

Melalui sumber terdekat, U Mobile dikatakan dalam usaha untuk menaiktaraf pelan U Mobile GX30 dan GX38 Unlimited Prepaid. Antaranya termasuk internet tanpa had dengan kelajuan internet yang dipertingkatkan sehingga 6Mbps, kuota yang lebih banyak untuk hotspot dan panggilan tanpa had.

Turut disertakan oleh sumber tersebut adalah maklumat mengenai kedua-dua pelan ini.

umobile gx

Terdahulu, U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang melancarkan pelan internet tanpa had dengan harga yang murah. Dengan itu, perkara ini dilihat sebagai respon kepada penawaran dari pelan Xpax dan Hotlink yang dilancarkan beberapa hari lalu.

Dengan penawaran terbaru ini, pelanggan U Mobile mungkin bakal menikmati internet tanpa had berkelajuan tinggi dengan harga lebih rendah yang ada di pasaran ketika ini.

Dalam pada itu, pelan ini juga dikatakan akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi atau seawal minggu hadapan. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan jika U Mobile akan menaiktaraf pelan ini.

Untuk itu, kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari U Mobile.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY