Peranti Huawei & ZTE Masih Dianggap Sebagai Ancaman Keselamatan di Amerika Syarikat

Ahli kerajaan Amerika Syarikat masih lagi tidak mahu memberi kepercayaan penuh kepada produk keluaran Huawei dan ZTE untuk digunakan di negara mereka. Kedua-dua syarikat teknologi gergasi dari China itu sebelum ini telah menerima pelbagai jenis sekatan dalam menjalankan operasi dan perdagangan di negara Uncle Sam itu.

Yang terbaru, Democratic National Committee(DNC) telah melarang semua calon dan pekerja pilihan raya untuk menggunakan peranti keluaran dua syarikat berkenaan. Hal ini berikutan Parti Demokratik yang berada di bawah kelolaan DNC akan mengadakan pemilihan parti pada November ini.

Kredit : GizmoChina


Ketua Pegawai Keselamatan DNC, Bob Lord, memberi amaran kepada semua yang terlibat dengan pilihan raya berkenaan untuk tidak membeli atau menggunakan peranti Huawei dan ZTE, walaupun ia diberikan secara percuma.

Perkara ini nampaknya akan berpanjangan walaupun kerajaan Amerika telah menarik balik beberapa sekatan dan dakwaan yang dikenakan kepada syarikat yang terlibat. Ia sekaligus menghangatkan semula perang tanpa senjata di antara kedua-dua negara iaitu AS dan China.

Selain Huawei dan ZTE, eberapa syarikat lain dari China turut mengalami nasib yang sama. Bagaimanapun, tindakan sedemikian nyata tidak memberi kesan buruk melampau kepada pengeluar dari China kerana Huawei baru-baru ini baru sahaja memintas Apple sebagai syarikat pengeluar peranti kedua terbesar di dunia.

Sumber