Kajian Buktikan Dakwaan Permainan Video Membawa Kepada Tingkah Laku Ganas Adalah Mitos

Permainan video sering dianggap sebagai satu aktiviti yang membazir masa dan menyebabkan banyak kesan buruk.

Antaranya ialah ia didakwa boleh membawa kepada tingkah laku ganas. Tanggapan itu bagaimanapun telah dibuktikan salah melalui satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Oxford itu telah membuktikan bahawa dakwaan berkenaan adalah mitos semata-mata.

Seramai 1004 pemuda British berusia 14 dan 15 tahun telah terlibat dengan soal selidik tersebut.

Kapsyen: Rockstar


Sebelum ini, permainan video seperti Counter-Strike, Grand Theft Auto(GTA) dan God of War sering dikaitkan menjadi punca kepada tindakan ganas yang dilakukan terutamanya oleh golongan remaja.

Akan tetapi, keputusan kajian ini juga sebenarnya bertentangan dengan beberapa kajian yang pernah dijalankan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ia sedikit sebanyak dapat memperbetulkan tanggapan beberapa pihak terhadap kesan buruk yang diakibatkan oleh permainan video selepas ini.

 

Sumber: TechSpot