Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan

OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan

Diterbitkan Mac 7, 2019 ยท Dikemas kini Mac 7, 2019 oleh Haikel Areff

OPPO F11 Pro telah dilancarkan secara rasmi di India pada 5 Mac yang lepas.

Tidak perlu menunggu lama, OPPO Malaysia telah pun mengesahkan bahawa peranti tersebut akan tiba ke pasaran tempatan pada 19 Mac nanti.

Pengesahan itu dibuat melalui satu jemputan media ke acara pelancaran peranti berkenaan yang dihantar sebentar tadi.

OPPO F11 Pro ini didatangkan dengan cip MediaTek Helio P70, skrin bersaiz 6.53-inci FHD+ serta kamera hadapan 16MP jenis periskop.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera 48MP+5MP serta bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0.

Peranti ini ditawarkan dalam tiga variasi iaitu 4GB/64GB dan 6GB/128GB serta dua pilihan warna iaitu Aurora Green dan Thunder Black.

OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan
9to5Google

Menariknya, tarikh 19 Mac juga adalah merupakan tarikh pelancaran bagi model Redmi Note 7 di Malaysia.

Sama-sama kita nantikan peranti manakah yang akan lebih menarik minat pengguna apabila ia diperkenalkan nanti.

 

Sumber: OPPO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY