Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Memberi Insentif Kepada Pembeli Note 7 Di Korea

Samsung Memberi Insentif Kepada Pembeli Note 7 Di Korea

Diterbitkan Oktober 24, 2016 · Dikemas kini Oktober 27, 2016 oleh Haikel Areff

Dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan pengguna Samsung di Korea, Samsung akan memberi insentif kepada pembeli Samsung Galaxy Note 7 supaya kekal dengan jenama telefon pintar tersebut. Pengguna Note 7 yang terpaksa menukar peranti mereka kepada Galaxy S7 akan diberi jaminan mereka akan diberi peluang untuk menaik taraf ke S8 atau Note 8 dengan potongan harga 50%.

Pengguna yang terpaksa menukar dari Note 7 ke S7 sebelum ini akan diberi peluang untuk menyertai program naik taraf dari Samsung. Ianya akan beroperasi setelah Samsung melancarkan S8 atau Note 8 kelak. Pengguna perlu menghantar semula peranti S7 mereka kepada pihak Samsung dan akan menerima peranti baru tanpa dikenakan cas tambahan.

Samsung juga berkata program ini hanya dijalankan untuk pasaran Korea sahaja. Samsung masih belum memberikan apa-apa pengunguman tentang pemberian insentif kepada pembeli Note 7 di pasaran dunia. Berita ini juga mungkin akan menimbulkan kemarahan pembeli Note 7 di negara lain yang sudah semestinya mahukan insentif yang sama.

Sumber: Android Police

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY