Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla

Ismail Sabri Jemput Tesla Labur Dan Hasilkan Kereta Elektrik Di Malaysia

Diterbitkan Mei 12, 2022 oleh Nadiah Ab

Dalam lawatannya ke Amerika Syarikat (AS), Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mempelawa para pelabur dan ahli perniagaan AS termasuk Tesla untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Khususnya syarikat Fortune 500, beliau mengalu-alukan mereka untuk melabur atau meningkatkan pelaburan dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik.

Menurutnya, beliau telah mencadangkan kepada Tesla untuk melabur di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik.

Beliau yang sedang dalam lawatan kerja empat hari ke AS, akan bertemu dengan Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN.

Katanya lagi, Malaysia dilihat sebagai rakan perdagangan penting Amerika Syarikat.

Dilaporkan Perikatan Teknologi dan Perkhidmatan Maklumat Dunia (WITSA) akan mengadakan Kongres Dunia berkenaan Teknologi Maklumat (WCIT), yang akan menjadi persidangan IT terbesar dunia di Pulau Pinang pada September nanti.

Sumber: The Edge Markets

Baca juga:

  • Tesla Saman Bekas Pekerja Atas Kecurian Projek ‘Dojo’
  • Elon Musk Jelaskan Kenapa Kereta Baharu Tesla Dah Tak Diberi Pengecas
  • Tesla Kalah Dengan Kereta Konsep Elektrik Mercedes-Benz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY