Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Percaya Mereka Menemui Mengapa ‘Gangnam Style’ Menjadi Viral

Penyelidik Percaya Mereka Menemui Mengapa ‘Gangnam Style’ Menjadi Viral

Diterbitkan Julai 26, 2017 oleh Wiser MY

Masih ingatkah anda tentang sebuah lagu ‘Gangnam Style’ yang dipersembahkan oleh Psy?

Lagu itu masih lagi memegang rekod sebagai video yang paling banyak ditonton dengan jumlah tontonan 2.84 bilion setakat May 2017.

Tetapi tahukah anda mengapa lagu tersebut menjadi satu hit seantero dunia?

Ini yang ditemui oleh penyelidik di Universiti Eotvos, Budapest yang telah menemui sebab bagaimana lagu ‘Gangnam Style’ menjadi viral ke seluruh dunia.

Mereka memulakan dengan mencari di Twitter untuk tweet berdasarkan geologi yang telah menyebut ‘Gangnam Style’.

Mereka menemui yang video itu telah merebak dari Korea Selatan ke Filipina sebelum ke serata dunia.

Ini merupakan jarak yang dekat antara Filipina dan Korea Selatan dan juga disebabkan 2 faktor tambahan:

  • Filipina mempunyai hubungan sosial media yang luas ke serata dunia kerana rakyatnya banyak yang merantau ke negara lain.
  • Bahasa Inggeris yang digunakan oleh kebanyakkan rakyat Filipina yang pernah dijajah Amerika Syarikat.

Seterusnya pasukan penyelidik itu memulakan carian di Google dan hasilnya sama dengan apa yang mereka dapat di Twitter.

Hasil kajian ini nampak menarik kerana dapat digunakan untuk memahami bagaimana sebuah video itu boleh merebak ke seluruh dunia.

Itu merupakan sesuatu yang akan menarik perhatian agensi pengiklanan bagi memasarkan produk dan servis yang akan menjadi viral ke seluruh dunia.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY