Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Bangunkan Sensor RFID Untuk Lampin, Beritahu Ibu Bapa Lampin Perlu Di Tukar

Penyelidik Bangunkan Sensor RFID Untuk Lampin, Beritahu Ibu Bapa Lampin Perlu Di Tukar

Diterbitkan Februari 15, 2020 oleh Helmi Samsuri

Hidup dizaman serba moden yang sibuk ini membuatkan sebahagian ibu bapa atau penjaga terlupa untuk memeriksa lampin si kecil. Lampin yang sudah “penuh” dan tidak ditukar mampu memberi kesan kepada kulit bayi dan untuk itu, pemeriksaan yang kerap perlu dibuat. Tetapi bagaimana jika terlupa?

Bagi mencari penyelesaian kepada masalah tersebut, penyelidik daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) telah membangunkan sebuah sensor RFID dengan fungsi pemberitahuan kepada penjaga. Sensor bersaiz kecil itu akan mengesan kelembapan pada lampin dan seterusnya menghantar pemberitahuan kepada penjaga.

Sensor RFID berkenaan boleh diletakkan didalam hydrogel yang kebiasaannya terdapat pada lampin pakai buang. Hydrogel akan mengembang apabila basah dan ia akan menjadi konduktif yang akan mengaktifkan sensor untuk memancarkan isyarat kepada alat pengesan.

Alat pengesan yang diletakkan berhampiran bayi (1 meter) itu akan menerima isyarat dan kemudiannya akan menghantar pemberitahuan kepada telefon pintar penjaga melalui rangkaian WiFi. Kaedah yang digunakan ini juga tidak memerlukan penggunaan bateri.

Difahamkan lagi, kos bagi menghasilkan sensor itu kurang daripada $0.02, menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan pada lampin pakai buang.

Sumber: MIT via The Verge

te

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY