Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
collage 5

Berdasarkan Ujian Prestasi, Ini Kedudukan CPU Terbaik Pada Tahun 2022 Buat Masa Sekarang

Diterbitkan September 15, 2022 oleh Firdaus

Cip pemprosesan adalah minda yang mengurus dan mengatur sebarang tugasan dan operasi dalam binaan komputer kita.

Dengan pelbagai pilihan CPU di luar sana daripada 2 jenama besar – AMD dan Intel, mesti pembaca tertanya-tanya akan CPU mana yang menjadi juara dan paling berprestasi.

Berikut merupakan hierarki bagi kedudukan CPU paling berprestasi dan terbaik untuk  tahun 2022 setakat ini:

Berkaitan

  • Ini 5 CPU Terbaik Daripada AMD
  • Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 Rasmi, Ini Senarai Cip Dan Harga
  • AMD Umum GPU Siri Radeon RX 7000 Berasaskan RDNA 3
  • GPU Dari Intel Dikatakan Gagal? Ini Jawapan Intel
  • Intel Mungkin Lancar Cip Gen Ke-13 Dengan Kelajuan CPU 6GHz

Kedudukkan Prestasi CPU 2022 (Windows 11)

Berdasarkan carta kedudukan di bawah, Intel Alder Lake Gen 12 adalah pilihan terbaik jika pembaca ingin all out untuk prestasi dalam gaming.

CPU RANKING SINGLE THREAD
Berdasarkan Ujian Prestasi, Ini Kedudukan CPU Terbaik Pada Tahun 2022 Buat Masa Sekarang

Hal ini demikian kerana dalam ujian bebenang tunggal dan multi-bebenang, cip daripada Intel telah menguasai kedudukan teratas dalam memberikan prestasi yang cemerlang.

Walaupun begitu, AMD Ryzen 7 5800X3D adalah cip terbaik keseluruhan yang ada di pasaran ketika ini.

Berdasarkan prestasi purata FPS dalam tetapan grafik 1080p dan 1440p, AMD menguasai kedudukan teratas atau lebih tepat lagi AMD Ryzen 7 5800X3D.

CPU RANKING MULTI THREAD
Berdasarkan Ujian Prestasi, Ini Kedudukan CPU Terbaik Pada Tahun 2022 Buat Masa Sekarang

Tambahan lagi, cip AMD tersebut adalah salah satu daripada 5 cip terbaik AMD yang ada ketika ini.

Berdasarkan sumber, Intel akan melancarkan CPU siri baharu Gen 13 Raptor Lake pada pertengahan bulan Oktober depan.

Manakala, AMD telah selamat melancarkan siri AMD Ryzen 7000 pada hujung Ogos lepas dan akan tersedia untuk dibeli pada 27 September nanti.

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY