Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengumpulan Data Besar-Besaran Oleh Syarikat Berkaitan Ketenteraan Di China – Malaysia Antara Negara Terlibat

Pengumpulan Data Besar-Besaran Oleh Syarikat Berkaitan Ketenteraan Di China – Malaysia Antara Negara Terlibat

Diterbitkan September 14, 2020 ยท Dikemas kini September 14, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebuah syarikat di China yang dikaitkan dengan ketenteraan dan rangkaian kepintaran dilaporkan telah mengumpul pengkalan data dan maklumat warga di pelbagai negara termasuklah Malaysia juga.

Pengkalan data merangkumi 2.4 juta orang itu telah didedahkan dari syarikat Zhenhua Data yang dipercayai digunakan oleh Kementerian Keselamatan Negara.

Data dan maklumat yang dikumpul termasuklah tarikh lahir, status perkahwinan, gambar, hubungan politik, saudara-mara, dan juga ID media sosial.

Walaupun kebanyakan dari maklumat ini boleh sahaja diperoleh dari sumber dan bahan terbuka, ada juga di antara maklumat ini yang dilaporkan diperoleh dari rekod sulit bank, permohonan pekerjaan dan juga profil psikologi.

Data-data ini juga dikatakan dioperasikan oleh kepintaran buatan berasaskan sistem global yang kompleks.

Daripada 2.4 juta maklumat rekod, 250,000 daripadanya telah dikenal pasti. Ia mendedahkan rekod sebanyak:

  • 52,000 warga Amerika
  • 35,000 warga Australia
  • 10,000 warga India
  • 9,700 warga British
  • 5,000 warga Kanada
  • 2,100 warga Indonesia
  • 1,400 warga Malaysia
  • 138 warga Papua New Guinea

Syarikat Zhenhuan Data ini juga dilaporkan mempunyai 20 pusat pengumpulan data yang tersebar di seluruh dunia.

Ia juga memberi gambaran untuk setiap negara yang terlibat, ada syarikat pemilikan dari China yang menyedut data-data secara haram dan menyerahkannya untuk kepintaran China.

Laporan Penuh di: ABC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY