Penguasaan Chaebol Mungkin Berkurang Di Bawah Plan Presiden Korea Selatan Yang Baru

Presiden Korea Selatan yang terbaru, Moon Jae-in memasuki pejabatnya selepas skandal chaebol melibatkan Samsung Group dan Lotte Group.

Chaebol bermakna perushaan besar yang dimiliki sesuatu keluarga.

Bagi peminat drama Korea Selatan, terma ini mungkin biasa bagi mereka.

Di negara yang di mana 10 konglomerat terbesar memiliki lebih dari satu perempat daripada semua aset perniagaan, Moon berikrar akan memberi fokus kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam langkah untuk mewujudkan 500,000 peluang kerja di dalam sektor swasta.

Tugas itu kelihatan sukar memandangkan kadar pengangguran untuk orang muda di dalam bulan April meningkat kepada 11.2% berbanding setahun yang lepas.

Punca utamanya ialah penstrukturan semula syarikat-syarikat besar ini selepas skandal yang melanda mereka sebelum ini.

Konglomerat Korea Selatan sebelum ini telah membantu ekonomi Korea Selatan dengan memacu ekonomi negara itu setanding negara-negara maju.

Dengan sentimen anti-chaebol yang semakin meningkat di kalangan penduduk, Presiden Korea Selatan itu dilihat cuba mengurangkan pengaruh gergasi-gergasi ini dalam menguasai pasaran ekonomi Korea Sleatan.

Sumber