Ransomware WannaCry Mungkin Berkait Dengan Korea Utara

Para pemerhati sekuriti berkata yang ada bukti menunjukkan keterlibatan sesebuah negara di sebalik serangan besar-besaran WannaCry ke seluruh global baru-baru ini.

Neel Mehta, seorang pengkaji keselamatan di Google menjumpai kod komputer yang digunakan oleh malware WannaCry versi terawal yang sama dengan yang digunakan oleh Lazarus Group, sebuah kumpulan penggodam yang dikaitkan dengan kerajaan Korea Utara.

Kod yang digunakan sebagai backdoor telah digunakan oleh Lazarus Group pada tahun 2015 dan worm WannaCry, yang telah menjejaskan ribuan komputer sebagai tebusan dalam satu peras ugut siber yang terbesar dalam sejarah.

Walau bagaimanapun, kod yang sama telah dikeluarkan untuk versi terbaru WannaCry, cubaan untuk menjadikan kumpulan Lazarus sebagai kambing hitam.

Penyelidik di firma pembuat perisian antivirus, Kapersky Lab masih tidak menolak kemungkinan tersebut.

Korea Utara bukan entiti asing dalam tuduhan perang siber.

Kerajaan Amerika Syarikat telah menuduh negara komunis itu dalang dalam kejadian pecah masuk rangkaian Sony Pictures pada tahun 2014 yang mengakibatkan pencurian nombor keselematan sosial pekerja syarikat itu.

Sumber