Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tour Of The Foxconn Complex And Interview With CEO Terry Guo

Pengilang Foxconn Dilapor Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar Huawei

Diterbitkan Jun 2, 2019 ยท Dikemas kini Jun 3, 2019 oleh ariff bukhari

Dikemaskini – Respon terhadap laporan ini, pihak Huawei telah menyangkal dakwaan ini. Pengeluaran global telefon pintar mereka adalah masih seperti biasa. “Huawei refuses these claims. Our global production levels are normal, with no notable adjustments in either direction.”

Beberapa model telefon pintar Huawei telah terjejas akibat isu ini.

Menurut laporan oleh The South China Morning Post, pengilang Foxconn dilaporkan telah menghentikan sementara pengeluaran bagi beberapa produk telefon pintar Huawei.

Ia berikutan isu kerajaan A.S menghalang penjualan dan penggunaan alat telekomunikasi dari syarikat Huawei.

Ia telah menyebabkan Huawei terpaksa mengurangkan tempahan pengeluaran telefon pintar mereka dan sekaligus menyebabkan Foxconn terpaksa memberhentikan sementara beberapa produk Huawei yang terjejas sejak bermulanya isu tersebut.

Tidak dapat dipastikan sampai bilakah keadaan ini akan berterusan dan tidak diketahui barisan produk Huawei yang manakah telah terjejas.

Foxconn merupakan pengilang elektronik dari Taiwan yang turut mengeluarkan telefon pintar iPhone dan Xiaomi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY