Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spr fon

Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi Tidak Dibenarkan – SPR

Diterbitkan November 15, 2022 oleh Amalina Athman

Pada minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berkongsi infografik yang menunjukkan pengundi perlu meninggalkan telefon di tempat disediakan selepas menerima kertas undi.

Berkaitan

  • Boleh Atau Tidak, Bawa Masuk Telefon Ketika Mengundi? Ini Jawapan SPR

Bagi memperincikan mengenai perkara tersebut, SPR melalui kenyataan media kini memaklumkan penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan. Sebagai peringatan, notis atau poster larangan penggunaan telefon bimbit juga akan diletakkan di luar dan di dalam tempat mengundi.

Jika pengundi membawa telefon bimbit ke tempat mengundi, ianya perlu ditinggalkan di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

Dalam pada itu, SPR turut mengingatkan mana-mana pihak yang terlibat dalam urusan berkaitan pilihan raya untuk menjaga kerahsiaan maklumat pengundian dalam pilihan raya seperti yang termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sumber: SPR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY