Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi China

Pengguna Xiaomi Di China Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Pasang Sendiri GMS

Diterbitkan Februari 2, 2021 · Dikemas kini Februari 3, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Xiaomi mempunyai sistem operasi berasaskan Android yang dinamakan sebagai MIUI. Baru-baru ini, beberapa pengguna MIUI 12.5 mula melaporkan mereka tidak dapat memasang Google Mobile Service (GMS) pada peranti.

Kini, pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di China itu telah memberikan respon dan mengatakan mereka tidak lagi membenarkan pengguna untuk memasang atau sideload aplikasi GMS dengan sebab mengikut peraturan yang ditetapkan.

Ini bermakna, peranti yang hadir tanpa GMS tidak lagi dibenarkan untuk membuat pemasangan sendiri. Ia juga bukanlah perkara yang mengejutkan memandangkan kebanyakan peranti di China hadir tanpa sokongan GMS, berikutan perkhidmatan Google yang disekat di negara itu.

Bagaimanapun, hanya peranti Xiaomi di China yang terkesan dengan sekatan pemasangan GMS. Sementara itu, pengguna peranti Xiaomi di negara lain boleh memasang GMS dan aplikasi berkaitan seperti biasa.

WhatsApp Image 2021-02-03 at 17.51.03

Xiaomi memaklumkan model yang telah di pra-pasang dengan perkhidmatan Google serta peranti dengan janaan cip Snapdragon 855/865/888 adalah tidak terkesan dengan perkara tersebut.

Sumber: IT Home

Kemas kini, 3 Februari 2021: Penambahan model peranti yang tidak terkesan. 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY