Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Twitter Terima E-Mel, SKMM Minta Pihak Twitter Buang Twit Mereka

Posted on Disember 24, 2021Disember 24, 2021

Musibah banjir besar yang melanda beberapa negeri mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Mangsa banjir bukan sahaja mengalami kerosakan harta benda namun juga kehilangan ahli keluarga.

Di media sosial, orang ramai mempertikai gerak kerja pihak berkuasa yang didakwa tidak mengambil isu ini secara serius serta mengambil inisiatif sendiri untuk menolong mereka yang terkesan.

Beberapa pengguna seperti @KaitooKiddd, @BadBoy2662 telah berkongsi tangkapan layar yang memaparkan e-mel daripada pihak Twitter memaklumkan bahawa SKMM meminta pihak mereka membuang twit-twit tersebut.

https://twitter.com/KaitooKiddd/status/1473936724430503937?s=20

Pun begitu, Twitter tidak mengambil sebarang tindakan atas twit-twit yang dilaporkan melanggar undang-undang Malaysia itu kerana percaya dengan hak pengguna mereka untuk bersuara.

Hantaran twit-twit tersebut menyentuh cara pihak kerajaan menguruskan musibah banjir besar ini dan mengkritik pihak bertanggungjawab. Antara kandungan twit yang dilapor adalah berkenaan majlis sumbangan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Selain itu, SKKM juga meminta Twitter untuk membuang twit yang mengkritik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar.

Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi Malaysiakini menafikan kejadian tersebut dengan mengatakan ia “karut” namun SKMM mengakui bahawa mereka telah mengambil tindakan dengan melaporkan pada pihak Twitter berkenaan beberapa twit yang mengandungi tanda pagar dan kandungan yang jelik.

Baca juga:

  • Kantoi Scam Tetikus Palsu, Penjual Selamba Pulangkan Wang
  • Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50
  • Ini Sebab Pihak Telekomunisasi Tidak Setuju Dengan Rangkaian 5G Seliaan DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress