Tim Cook mengakui isu bekalan cip memberi kesan besar pada Apple sehinggakan mereka terpaksa mengurangkan sebanyak 10 juta unit dalam siri iPhone 13 tahun ini sahaja akibat masalah ini. Cook bagaimanapun berkata Apple mencuba sebaik mungkin memastikan bekalan iPhone 13 mencukupi untuk pengguna di seluruh dunia.
Apple bagaimanapun meramalkan pendapatan mereka untuk suku ketiga 2021 akan mengalami penurunan seperti mana telah dinyatakan mereka sendiri Julai lalu berkaitan isu bekalan cip.
Walaupun begitu, untuk suku keempat 2021, sumbangan jualan iPhone dalam pendapatan Apple dijangka melebihi 60% pada hujung tahun ini, mengekalkannya sebagai produk yang sangat penting untuk Apple. Keuntungan tahun fiskal ini telah mencapai $94.6 bilion, jauh melepasi rekod sebelum ini iaitu $58.5 pada 2018.
Bukan sahaja penghantaran bagi siri iPhone 13, Apple Watch, siri iPad mini telah dijadualkan pada Disember ini malah produk keluaran lama seperti iMac juga akan mengalami kelewatan.
Sumber: GizChina
Baca juga:
- Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple
- Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia
- Apple Mahu Tawar Ciri Mirip Pixel, Mengesan Kemalangan
Berkaitan
- Apple Kenalkan MacBook Pro 13 Inci Dikuasakan Cip M2
- Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max
- Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah
- Apple Jawab Isu Bateri Cepat Habis Selepas Kemas Kini iOS 15.4
- Tim Cook Dikatakan Pamer Sokongan Pada Ukraine Secara Halus Dalam Acara Apple
- Razer Sokong Pembayaran Melalui Apple Pay
- Apple, Google Antara Yang Dilaporkan Beli Emas Dilombong Secara Haram
- Tiada iPadOS 16.0, Apple Terus Lepaskan iPadOS 16.1 Lagi 2 Minggu
- Apple Masih Gagal Bangunkan Modem 5G Sendiri - Kuo
- Dah Tak Eksklusif, Semua Apple Watch Dengan watchOS9 Akan Dapat 'Watch Face' Nike