Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Fitness+ Tersedia Di Malaysia Bulan Depan

Apple Fitness+ Tersedia Di Malaysia Bulan Depan

Diterbitkan Oktober 26, 2021 · Dikemas kini Oktober 26, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Terdahulu, Apple Fitness+ telah tersedia di beberapa negara seperti Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, UK, dan Amerika Syarikat.

Apple mengumumkan Apple Fitness+ akan tersedia untuk pengguna di Malaysia bermula 4 November 2021. Selain Malaysia, negara lain yang turut menerimanya pada November ini ialah Austria, Brazil, Colombia, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Mexico, Portugal, Russia, Saudi Arabia, Spain, Switzerland, and the UAE.

Apple Watch dilengkapi dengan pelbagai sensor dan algoritma, membantu pengguna mengetahui aktiviti dan keadaan tubuh mereka. Dengan Fitness+, semua data tersebut dipapar pada Apple Watch selain turut disegerakkan pada masa nyata di iPhone, iPad dan Apple TV.

Apple Fitness+ akan mencadangkan pengguna jurulatih, senaman, aktiviti dan meditasi berdasarkan aktiviti yang biasa dilakukan pengguna. Bukan setakat itu sahaja, fungsi SharePlay juga membenarkan pengguna berkongsi sesi senaman mereka melalui FaceTime. Digunakan bersama Apple Music, senarai main untuk aktiviti senaman ataupun meditasi boleh disimpan dan dimainkan pada waktu lain.

Pengguna boleh melanggan Fitness+ sahaja pada harga RM19.90 sebulan atau RM119.90 setahun yang boleh dikongsi sehingga 6 orang pengguna. Namun, anda juga boleh menikmatinya dengan melanggan Apple One Premier.

Apa-apa pun, untuk menggunakan Fitness+, anda perlu memiliki Apple Watch Series 3 dan keatas yang menjalankan watchOS 7.2 serta iPhone 6s dengan iOS 14.3 sekurang-kurangnya.

Sumber: Siaran Akhbar Apple

Baca juga:

  • Apple Fitness+ Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Malaysia
  • Apple Fitness+ Kini Tersedia Buat Semua Pengguna iOS 14.3
  • MacBook Air Mungkin Akan Diberi Nafas Baharu, Skrin Bertakuk Dan Guna Cip M2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY