Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple One Premier Hadir Ke Malaysia November Ini

Posted on Oktober 26, 2021

Apple One Premier, salah satu pakej dari Apple yang merangkumi Apple Music, Apple TV+, Apple Fitness+, dan storan iCloud+ sebesar 2TB kini diperluaskan lagi ke 17 buah negara lagi termasuk Malaysia dan ia boleh dinikmati pengguna tempatan mulai 4 November ini pada harga langganan bulanan RM69.90.

Selain itu, antara servis Apple lain yang turut disertakan dalam Apple One Premier ialah Apple Arcade, memberi akses lebih 200 permainan termasuk NBA 2K22 Arcade Edition, Sneaky Sasquatch dan Lego Star Wars Battles dan iCloud+, dengan storan sebesar 2TB yang juga kini datang dengan fungsi baharu iaitu iCloud Private Relay dan Hide My Email.

Apple One mempunyai 30 hari percubaan percuma yang belum pernah melanggan. Pun begitu, Apple News+ masih belum disediakan untuk pengguna di Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar Apple

Baca juga:

  • Perbandingan Harga Storan Awan – Apple, Google, Microsoft, Mana Paling Berbaloi
  • MacBook Air Mungkin Akan Diberi Nafas Baharu, Skrin Bertakuk Dan Guna Cip M2
  • iOS 15.1, macOS Monterey, iPadOS 15.1 Dan watchOS 8.1 Sedia Dimuat Turun
  • Kajian Twitter Mendapati Ciapan Provokasi Dapat Banyak Sambutan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress