Adobe memberi amaran...
Pengguna perisian Adobe Creative Cloud versi terdahulu baru-baru ini dilaporkan telah diminta oleh pihak Adobe supaya berhenti menggunakan versi-versi perisian tersebut.
Ini termasuklah perisian kreatif Lightroom Classic, Photoshop, Premiere, Animate dan Media Director.
Malah Adobe memberi amaran, sekiranya pengguna mereka masih terus menggunakan versi terdahulu perisian-perisian tersebut, mereka boleh berdepan saman dari pihak Adobe kerana perlanggaran dalam terma perjanjian penggunaan perisian tersebut.
https://twitter.com/KupoGames/status/1126905276693667841
Walaubagaimanapun, amaran oleh Adobe kepada pengguna mereka dipercayai ada kaitan dengan saman yang difailkan oleh Dolby terhadap Adobe berkenaan pelanggaran hak cipta dan pelanggaran kontrak yang ditandatangani mereka sebelum ini.
Adobe dan pihak Dolby pernah mengadakan satu perjanjiaan berkaitan penggunaan lesen teknologi tertentu daripada Dolby yang hanya boleh dipasarkan berdasarkan berapa banyak cakera aplikasi tertentu Adobe boleh dijual.
Tetapi kini, memandangkan perisian Adobe telah diagihkan secara atas talian, mereka kini dilaporkan sedang untuk berbincang semula perjanjian mereka tersebut kepada berdasarkan berapa banyak pengguna sebenarnya menjalankan perisian Adobe.
Pada awal Mei lalu, Adobe telah mengumumkan bahawa pengguna mereka tidak lagi akan dapat mana-mana versi perisian Adobe terdahulu yang mereka mahu.
Sumber: Apple Insider
Berkaitan
- Pembangun Fortnite Disaman Kerana Mereka Permainan Tersebut Supaya Pemain Ketagih Memainkannya
- Apple Disaman Lagi Berkaitan Isu Prestasi Dan Pepijat Bateri iPhone
- Siri TECNO POVA 6 Bakal Bawakan Pengalaman Audio Dolby Atmos
- Pelabur Permainan Cyberpunk 2077 Memfailkan Saman Sivil Terhadap CD PROJEKT
- ASUS Hadir Dengan Paparan LCD 32" 4K Pertama Di Dunia Menyokong Teknologi Dolby Vision
- Apple Saman Bekas Pekerja Bocorkan Rahsia Dan Cuba 'Matikan' Produk Yang Dia Tidak Suka
- Semak Saman Di MyBayar Sekarang, PDRM Sedang Tawar Diskaun 50%
- Adakah Anda Akan Disaman Jika Tidak Memiliki Aplikasi MyJPJ?
- Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland Saman Meta Lebih RM1.8 Bilion
- PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Selama 3 Hari Bermula Esok