Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyBayar Saman

PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Selama 3 Hari Bermula Esok

Diterbitkan Januari 9, 2023 ยท Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan menawarkan diskaun saman sebanyak 50% selama 3 hari bermula dari 10 sehingga 12 Januari 2023.

Waktu pembayaran saman boleh dibuat bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang sepanjang 3 hari tersebut.

PDRM menyatakan, diskaun pengurangan saman itu hanya layak dibuat oleh oks (orang kena saman) melalui aplikasi mybayarsaman dan oks perlu hadir bagi mendapatkan kod bar diskaun mybayarsaman.

Berkaitan

  • PDRM Umum Portal Dan Aplikasi MyBayar Saman, Ini Cara Guna
  • Cara Semak Saman Polis Secara 'Online' Dan SMS
  • Saman Dikeluarkan JPJ Dan Polis Akan Digabung Dalam Satu Pengkalan

Oks tidak layak mendapat diskaun pengurangan saman jika pembayaran dibuat secara online/myeg.

Bayaran saman ini boleh dilakukan di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.

PDRM berkata, pengurangan kadar saman trafik ini ditawarkan untuk semua jenis saman kecuali 9 kesalahan berikut:-

PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Selama 3 Hari Bermula Esok

Untuk info lebih lanjut tentang diskaun saman ini, layari laman Facebook rasmi JSPT KL.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY