Pengguna OnePlus 6T Dakwa Peranti Mereka Kehabisan Bateri Lebih Cepat Daripada Biasa

OnePlus 6T mungkin telah dipilih sebagai peranti terbaik 2018 oleh beberapa pengkritik popular, namun itu tidak bermakna ia bebas masalah.

Baru-baru ini, terdapat beberapa pengguna peranti tersebut mendakwa model terkini OnePlus milik mereka itu kehabisan bateri dengan terlalu cepat.

Perkara itu dibincangkan oleh mereka di platform Reddit dan dikesan oleh Sunday Express. Menurut blamfablam, OnePlus 6T miliknya mula kehilangan kuasa bateri dengan lebih cepat pada bermula pada tahap 80%.

Kapsyen: Reddit


Beberapa pemilik lain turut melaporkan masalah sama pada ruangan komen di kiriman berkenaan.

OnePlus 6T dilancarkan pada Oktober tahun lepas dan hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh.

Ia sepatutnya memiliki sekitar 7-8 jam screen-on-time(SOT), namun pengguna yang mengalami masalah ini mendakwa mereka hanya berjaya mendapatkan sekitar 4 jam SOT sahaja ketika ini.

OnePlus dikatakan masih belum memberi sebarang respon mengenai dakwaan ini.

 

Sumber: Express UK