Pengiraan yang dimaksudkan ialah berkaitan betapa murahnya Poco F1 jika dibandingkan dengan OnePlus 6T. Malah, tidak cukup dengan itu, akaun Twitter Poco India turut menyindir pesaingnya itu melalui beberapa kicauan yang berbeza.
https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1057301034475929600
Walaupun menggunakan sistem cip yang sama, OnePlus 6T berharga INR 37,999 berbanding INR 20,999 untuk Poco F1. Perbezaan sebanyak INR 17,000(~RM963) adalah agak besar untuk sebuah peranti telefon pintar. Frasa 'Never Settle for OverPriced' juga jelas ditujukan pada OnePlus.
https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1057301994375991296
Selain daripada sistem cip yang sama, Pocophone turut membandingkan kelebihan dari segi kapasiti bateri yang dimiliki oleh Poco F1 dan OnePlus 6T. Walaupun kapasiti bateri Poco F1(4,000mAh) lebih besar berbanding OnePlus 6T(3,700mAh), ia masih lagi dijual pada harga yang lebih murah.
Bagaimanapun, untuk berlaku adil kepada OnePlus 6T, model baru OnePlus itu turut mempunyai beberapa kelebihan berbanding Poco F1. Antaranya ialah sensor imbasan cap jari dari dalam skrin serta penggunaan skrin AMOLED selain sistem Android 9 Pie.
Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah OnePlus 6T masuh layak digelar sebagai "Flagship Killer"? Atau kini lebih lebih kepada "OverPriced"? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.
Sumber: POCO India
Berkaitan
- Xiaomi Muncul Jenama Telefon Paling Laris Pada Promosi Ulang Tahun Ke-7 Lazada
- Redmi Kini Sah Dipisahkan Dengan Xiaomi, Tampil Sebagai Sub-Jenama
- Asus Zenfone 5Z Vs OnePlus 6 Vs Mi Mix 2s
- Dapatkan Potongan 10% Dari Pembelian Koleksi Ekosistem Xiaomi Di Shopee
- Xiaomi Mungkin Lancarkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 855 Pertamanya Minggu Depan
- Xiaomi Redmi Note 4 Dengan Helio X20 SoC Di Lancarkan Secara Rasminya.
- Reaksi Orang Ramai Unboxing OPPO F11 Pro- Ramai Teruja Dengan Peranti Ini
- Xiaomi Black Shark 2 Tersenarai Di TENAA, Dilengkapi Cip Snapdragon 845
- Kenapa Xiaomi Mi A2 Buat Kami Naik Angin
- Peranti OnePlus Berikutnya Mungkin Bukan OnePlus 7, Dijual Pada Harga Yang Lebih Tinggi