Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 5 – Telefon Flagship Ternipis Di Pasaran?

OnePlus 5 – Telefon Flagship Ternipis Di Pasaran?

Diterbitkan Jun 4, 2017 · Dikemas kini Jun 4, 2017 oleh Haikel Areff

OnePlus dilaporkan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan flagship terbaru mereka, OnePlus 5. Flagship ini juga dijangka menampilkan spesifikasi terkini dengan struktur reka bentuk premium. Sudah terdapat beberapa imej bocor yang tersebar di internet ketika ini.

Menurut laporan daripada Android Authority, OP mengetengahkan tagline berbunyi “Dual Camera, Clearer Pictures” yang mengesahkan peranti ini akan hadir dengan dua kamera. Satu sensor RBD, satu lagi sensor monokrom.

OnePlus 5 – Telefon Flagship Ternipis Di Pasaran?

Slogan kedua menyatakan “Focus on what matters.” OnePlus juga dilaporkan telah bekerjasama dengan DxO Mark dalam membawakan telefon baru dengan salah satu kamera yang terbaik di pasaran.

Juga, terdapat laporan baru-baru ini yang turut menyatakan OnePlus 5 datang dengan bateri 3,300mAh, lebih kecil daripada kapasiti bateri yang terdapat di 3T OnePlus yang dilancarkan tahun lepas. OnePlus telah berkali-kali  mendakwa bahawa ianya akan menjadi telefon flagship paling nipis di pasaran. Bila nipis, bateri pun nipis.

Antara spesifikasi yang pasti adalah pilihan storan dalaman 16 dan 128GB dan dijalankan dengan cip pemprosesan Snapdragon 835 bersama paparan 5.5 inci. Telefon ini dijangka dijadualkan pelancarannya 15 Jun ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY