Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Music_

Pengguna Mungkin Boleh Tinggalkan Komen Di YouTube Music Kelak

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh Amalina Athman

YouTube Music baru sahaja melancarkan miniplayer baharu dan kini dilaporkan sedang menguji rekaan semula Now Playing yang mempunyai butang komen.

Berkaitan

  • YouTube Uji "1080p Premium" Pada Telefon Android Dan Google TV
  • YouTube Sedang Uji Terhadkan 3 Video Jika Pengguna Pakai 'Ad Block'

Menerusi Reddit, sebilangan pengguna melihat terdapat butang komen di antara butang suka/tidak suka dan simpan di YouTube Music. Ia meletakkan jumlah komen yang telah ditinggalkan.

Pengguna Mungkin Boleh Tinggalkan Komen Di YouTube Music Kelak

Tidak hanya untuk lagu yang mempunyai video, ruangan komen ini dikatakan turut tersedia bagi lagu tanpa video.

Sementara itu, sebilangan lagu mempunyai butang komen berwarna kelabu dan tidak boleh dibuka. Dalam kes ini, ia mungkin disebabkan saluran tersebut menutup komen pada lagu yang dimuat naik.

Dengan ciri komen di YouTube Music, ia boleh dijadikan sebagai platform untuk membincangkan lagu dengan peminat lain.

Bagaimanapun, buat masa ini, ciri komen di YouTube Music belum lagi dilancarkan secara meluas.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
©2026 WISER.MY