Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 13

Android 13 Diperlihat – Pilihan Tema Ikon, Privasi Dipertingkat

Diterbitkan Februari 11, 2022 oleh Amsyar Latif

Seperti yang dijanjikan, Android 13 akhirnya diperlihatkan buat pertama kali di mana Google telah mengeluarkan Android 13 Developer Preview 1.

Perlu diingatkan, ini merupakan kemas kini khusus buat pembangun. Melaluinya, mereka mempunyai banyak masa untuk menguji agar ia lebih stabil apabila dilancarkan kepada umum kelak.

Android 13 membawa beberapa perubahan baharu. Antaranya adalah pilihan tema yang dinaiktaraf, kawalan pilihan bahasa, peningkatan privasi dan banyak lagi.

Menerusi pilihan tema, ia menawarkan tema ikon di mana kesemua ikon aplikasi dapat menerima tema yang sama berbanding sebelum ini terhad buat aplikasi Google sahaja. Namun seperti biasa, ciri tersebut khusus buat pengguna Pixel terlebih dahulu.

User opting into themed app icons
Pilihan Tema. Kredit Google

Android 13 Tema

Selain itu, terdapat juga ciri privasi “Photo Picker”. Ia membolehkan pengguna untuk berkongsi sesuatu media, gambar atau video pada mana-mana aplikasi tanpa aplikasi itu meminta izin pengguna untuk mengakses kesemua media dalam peranti.

Photo picker provides a consistent, secure way for users to give apps access to specific photos and videos.

Kata Google, ciri ini turut akan ditawarkan buat peranti yang menjalankan Android 11 dan ke atas.

Bukan itu sahaja, ada juga ciri Wi-Fi baharu. Android 13 memperkenalkan “Nearby WiFi Devices”. Melaluinya, aplikasi dapat ‘keizinan’ untuk mencari serta menyambung Wi-Fi tanpa perlu mendedahkan lokasi.

Tambahan lagi, kawalan pilihan bahasa membolehkan pengguna untuk menggunakan bahasa lain bagi aplikasi secara individu. Contohnya, bahasa sistem peranti dalam bahasa Inggeris dan satu aplikasi lain pula dalam bahasa Arab.

Timeline Android 13

Jika kesemuanya berjalan baik, Android 13 versi stabil dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Jun atau Julai nanti.

Sumber: Google Android

Baca juga:

  • Ini 4 Ciri Baharu Dalam Android 13 “Tiramisu”

  • Fungsi Baharu Android 13, Hanya Sentuh Sahaja Untuk Pindah Media

  • Permainan Pada Peranti Android 13 Dikatakan Akan Lancar Lebih Pantas

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY