Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Paling Setia, Tapi 57% Pengguna Telefon Android Ini Pula Mahu ‘Lari’ Ke Jenama Lain

Pengguna iPhone Paling Setia, Tapi 57% Pengguna Telefon Android Ini Pula Mahu ‘Lari’ Ke Jenama Lain

Diterbitkan Mei 28, 2024 ยท Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh ariff bukhari

Menurut tinjauan Statista Consumer Insights yang dijalankan ke atas hampir 10,000 pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat, lebih separuh daripada pengguna telefon pintar Google merancang untuk beralih kepada jenama lain.

Apabila ditanya kemungkinan mereka akan menukar kepada jenama telefon pintar yang berbeza, 57% daripada mereka berkata ini kebarangkalian sangat besar.

Tinjauan Statista Consumer juga mendedahkan angka yang tidak menggalakkan tentang bahagian pengguna Pixel yang sanggup berpegang pada jenama Google.

Statistik menunjukkan gergasi teknologi itu hanya mempunyai 25% pengguna telefon pintar setia, jumlah itu sekali gus adalah jauh lebih kurang daripada Apple atau Samsung.

Sementara, hanya 34% pengguna lama dari Apple dan Samsung bersedia untuk beralih kepada jenama lain.

Google`s Smartphone Loyalty Problem

Isu kesetiaan ini berpotensi menyebabkan Google berdepan kerugian besar dalam bahagian pasaran telefon pintar.

Perkara ini berbeza dengan pesaingnya, Apple dan Samsung di mana penggunanya lebih setia dengan jenama peranti mereka.

Kaji selidik itu mendapati, 50% pengguna iPhone sangat tidak mungkin menukar jenama telefon pintar mereka. Samsung pula masih boleh berbangga dengan 44% pengguna telefon pintar mereka yang masih akan setia berpegang kepada jenama itu pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Perbandingan Harga Dan Kelebihan Storan Awan Google, Apple Dan Microsoft
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Samsung Akan Perkenal Bespoke Jet Bot Combo Steam

Sumber: Stocklytics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY