Samsung bakal memperkenalkan Bespoke Jet Bot Combo Steam iaitu pembersih vakum robot yang membersihkan segala habuk ataupun kekotoran.
Peranti ini menggabungkan kuat sedutan dengan sistem pembersihan kendiri suhu tinggi yang menggunakan stim dan air untuk membersihkan kotoran dari mop selepas membersihkan lantai.
{suggest}
Selain itu, mop tersebut juga akan disanitasi bagi memberikan ia sentiasa bersih. Bukan itu sahaja, reka bentuknya juga tampak premium.
Bersempena kehadirannya tidak lama lagi, anda boleh daftar minat dan isi borang dalam talian yang mana anda bakal menerima kod baucar khas untuk prapesan jet Bot Combo Steam pada harga diskaun.
Berikut merupakan langkah yang perlu anda ikuti:
- Daftar dalam talian antara 28 Mei hingga 10 Jun 2024 untuk menerima kod baucar.
- Prapesan Jet Bot Combo Steam dengan kod baucar anda antara 11 hingga 24 Jun 2024 dan terima diskaun RM200.
Layari Samsung Malaysia untuk ketahui maklumat lebih lanjut.
Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia
