Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Kini Boleh Memuat Turun Kandungan App Store Bersaiz Sehingga 200MB Menerusi Sambungan Selular

Pengguna iPhone Kini Boleh Memuat Turun Kandungan App Store Bersaiz Sehingga 200MB Menerusi Sambungan Selular

Diterbitkan Jun 2, 2019 · Dikemas kini Jun 3, 2019 oleh ariff bukhari

Tiada Wi-Fi, tiada masalah, tapi mungkin masih belum cukup…

Apple secara diam-diam telah menaikkan had limitasi memuat turun aplikasi dari App Store yang bersaiz lebih besar bagi peranti iOS.

Sebelum ini pengguna iPhone hanya boleh memuat turun aplikasi dari App Store yang bersaiz tidak lebih daripada 150MB menerusi sambungan selular.

Tetapi bermula dalam minggu ini, Apple telah menaikkan had tersebut kepada 200MB. Bermakna pengguna iPhone kini boleh memuat turun pelbagai aplikasi dan kandungan lain yang ditawarkan di App Store lebih banyak lagi menerusi sambungan selular.

Ini termasuklah aplikasi permainan, video podcast, filem, lagu, rancangan televisyen dan lain-lain yang terdapat di dalam App Store.

Pada September 2017 dahulu, Apple juga pernah menaikkan limitasi muat turun aplikasi App Store menerusi sambungan selular, dari 100MB kepada 150MB.

 

Sumber: 9TO5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY